Ramai yang ingin menguruskan badan tetapi malas untuk bersenam. Jadi ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti tarian Zumba kerana ia lebih menyeronokkan. Kini, sudah menjadi trend dimana berzumba menjadi pilihan terutamanya wanita untuk menguruskan badan.

Bagaimanapun, perkara yang akan dedahkan ini mungkin mengejutkan anda bahawa tujuan Zumba dicipta bukanlah untuk menguruskan badan. Menurut pengasas tarian tersebut, Beto Perez, Zumba dicipta hanya untuk mencari keseronokan sahaja.

Pengasas Zumba, Beto Perez

Beliau juga tidak dinafikan bahawa mereka yang melibatkan diri dalam seni tarian itu berupaya untuk menurunkan berat badan. Perez juga memberitahu aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira. Ramai yang bosan untuk melakukan senaman biasa, Zumba bukan saja melakukan aktiviti sihat malah memberikan kegembiraan.

Terdapat empat teras utama dalam Zumba iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton. Setiap teras ni pula ada 16 pergerakan dengan 25 variasi. Dalam kesemua teknik pergerakan, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.

“Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan. Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh sertai,” katanya.

Sumber: SAYS