Mengambil anak angkat walaupun belum berkahwin bukanlah perkara baru. Malah, ramai artis dan ahli perniagaan mengambil anak angkat kerana mereka mampu, sunyi atau mahu membantu mereka dalam kesusahan.

Terbaru, pelakon dan penyampai radio Sinar, Zulin Aziz berkongsi berita baik dengan para peminatnya di laman Instagram apabila dia memuatnaik satu gambar seorang puteri comel dan memperkenalkannya sebagai anak angkatnya.

Dikenali sebagai Puteri Eryna Amanda, Zulin menyedari tanggungjawab seorang ibu bukanlah mudah tetapi dia berjanji akan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk Amanda.

“Semoga nasibnya lebih baik bersama saya insyaAllah amin ya rab.. doakan kami,” tulisnya di ruangan caption gambar.

Ramai yang memberi komen positif terhadap Zulin, malah ada yang mendoakan yang terbaik untuknya di atas niat murni dirinya mengambil Amanda sebagai anaknya.

Sumber: IG Zulin Aziz