Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan kerajaan tidak membenarkan ziarah Aidilfitri walaupun membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah buat masa ini.

Difahamkan, pergerakan untuk hari raya antara daerah tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang.

Menurutnya, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, termasuklah aktiviti sosial lain dan bersukan.

“Contohnya, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif namun sukan lain seperti badmintan dan golf dibenarkan,” ujarnya.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian