Pelakon berbakat dan ahli perniagaan, Zarina Zainuddin, 48 tahun, meminta maaf kepada orang ramai di laman Instagram miliknya sebelum dia berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Zarina mengerjakan umrah bersama ibunya, Zahura, anak lelaki, Muhammad Raizal Azrai, dan madunya, Datin Seri Hajah Norhasimah.

“Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan,” tulisnya.

“Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor, ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal akan ke Makkah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain,” jelasnya.

Selain itu, dia turut meminta para pengikutnya mendoakan perjalanan mereka sekeluarga ke Tanah Suci selamat serta mendapat umrah mabrur.

Untuk pengetahuan anda, Zarina telah berkahwin sebagai isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar, sejak 13 Julai 1993 lalu.

Pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 tahun, Muhammad Naim Azraidan, 15 tahun, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun, daripada hasil perkahwinan mereka.

Sumber: Gempak