Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 45 pertuduhan rasuah, pecah amanah serta penggubahan wang haram yang melibatkan dana sebuah yayasan.

The Star

Dia berdepan 10 pertuduhan pecah amanah wang milik Yayasan Akal Budi dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Zahid turut didakwa atas 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72 juta. Mahkamah membenarkan Presiden UMNO itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan.

Bekas timbalan perdana menteri itu dibenarkan membayar ikat jamin secara ansuran sehingga selewat-lewatnya 26 Oktober, dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

buletindunia.com

Antara yang hadir mengikuti prosiding adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad.

Di samping itu, ahli keluarga Zahid yang turut kelihatan ialah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan tiga anaknya Datuk Nurulhidayah, Ahmad Khairul Hafiz serta Ahmad Khairul Haziq.

Zahid menghadapi pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber: Astro Awani