Bekas anggota kumpulan Kool, Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool, menyatakan dia menolak jemputan Gegar Vaganza(GV) musim keenam itu kerana dia menyertai tabligh.

Dia yang juga tidak lagi menjadi anggota kumpulan nyanyian tersebut sejak setahun lalu turut menjelaskan bahawa dia cuba mencari kehidupan lebih baik dengan mendalami ilmu agama.

“Sebelum rancangan itu (GV) berlangsung, saya ada menerima jemputan namun terpaksa menolaknya,” ujarnya.

“Buat rakan tercinta iaitu Riot dan Hairee, teruskanlah kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali meninggalkan solat,” pesannya.

Menurutnya, Zack mahu berkarya melalui cara Islamik semasa meniti penghujung usianya.

“Ini dunia baru dan setakat ini, saya sudah keluar di tujuh lokasi untuk berkongsi ilmu agama termasuk Langkawi, Kuantan, Ipoh dan Johor Bahru,” katanya lagi.

Walaupun dia menyertai kumpulan agama tabligh, ia tidak bermaksud dia mahu mengasingkan diri terus daripada dunia seni.

Difahamkan, Zack baru saja menjayakan drama bertajuk Setiaku Di Sini bersama A Aida Production. Namun, dia telah meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia(SENIMAN) pada Januari tahun ini.

Sumber: Media Hiburan