Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 30 tahun, berkemungkinan akan menetap di Amerika Syarikat selepas berkahwin nanti.

Yuna bakal berkahwin dengan pilihan hati yang juga tunangnya, Adam Sinclair pada Ahad ini setelah bertunang sejak bulan Ogos lalu.

Sebelum ini, penyanyi yang mencipta nama di peringkat antarabangsa itu berpindah ke AS sejak tahun 2009 selepas menandatangani dengan syarikat rakaman di sana.

Terdahulu, Yuna pernah berkolaberasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Pharrel Williams untuk dua buah lagu dan berduet dengan Usher dalam sebuah lagu bertajuk Crush.

Semoga persiapan perkahwinan Yuna berjalan lancar sebelum hari bahagia menjelma tidak lama lagi dan majlis berjalan seperti yang dirancangkan.

Sumber: The Star Online