Baru-baru ini telah tular dua cabaran iaitu Bird Box dan Tide Pod. Cabaran itu dikatan merbahaya dan pihak Youtube telah meningkatkan peraturan keselamatan mereka dengan memperbaharui garis panduan pengguna.

Pembaharuan tersebut dilakukan demi menjamin keselamatan pengguna dimana setiap kandungan yang dipaparkan dalam laman YouTube yang berunsurkan perbuatan yang berbahaya ataupun yang boleh membawa maut akan dilarang sama sekali untuk dimuat naik oleh pengguna.

Gambar: NBC News

Seperti yang kita ketahui, YouTube sememangnya platform dimana pelbagai cabaran dan ‘prank’ dilakukan. Namun, pihak Youtube juga perlu memastikan aktiviti yang dilakukan atas tujuan ‘hiburan’ ini tidak keterlaluan hingga boleh mengakibatkan kecederaan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna itu sendiri.

Pada masa yang sama, YouTube juga turut melarang apa jua kandungan yang boleh membawa kepada ‘tekanan emosi yang parah’ kepada penonton mereka dan boleh membuat emosi seseorang itu terganggu dengan menonton kandungan-kandungan yang lebih membawa kepada tekanan emosi.

Berdasarkan penelitian sebelum ini, pengguna YouTube seringkali dilihat gemar melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri mahupun orang sekeliling mereka dengan hanya kerana ingin menyahut setiap cabaran yang seringkali tular semata-mata ingin tampil popular serta tidak ketinggalan.

Sumber: The Vocket