Pelakon dan juga seorang ibu, Yana Samsudin, 35 tahun, menegur budaya mencium mulut anak dan juga melarang anaknya, Aisy Mateen, melakukan perbuatan sedemikian terhadapnya.

View this post on Instagram

Baru semalam tegur @aisymateen Dan saya share pengalaman saya di FanPage Facebook saya. Hari ni dia buat lagi masa live di Insta… #NasibBaikMasihKecikLagi 😅 . . Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti . . . Mulut juga adalah bahagian private part. Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing) Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan… . . Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran islam. ✌🏻 -HaruslahLove !! #Tipsbolehgunapakai #ParentingTips #Sexu4lEducation #TegurSekarangJanganMenangisKemudian . . Video panjang macam mana saya ajar anak saya boleh tengok kat youtube saya … klik link di bio ☝🏻

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menurutnya, dia sangat mementingkan pendidikan seksualiti selain berpesan kepada anaknya agar tidak mengulangi perbuatan itu.

“Mulut juga adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri (kecuali cuci berak kencing),” ujarnya.

“Ciuman terbaik daripada ibu bapa kepada anak-anak ialah di ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan. Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecil-kecil kita dah biasakan,” jelasnya.

“Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Selain itu, Yana turut bimbang jika anaknya cium kawan apabila berada di sekolah tadika nanti.

“Saya beritahu dia, cium kat pipi dan dahi boleh, mulut jangan! Kalau ada orang lain buat cakap tidak. Jerit kuat-kuat. Benda tu salah. Beritahu mommy daddy siapa yang buat,” katanya.

Sumber: mStar & IG Yana Samsudin