Sejak dari kecil lagi kita sebagai umat Islam sudah mengetahui bahawa kita tidak boleh memakan daging babi kerana ianya haram untuk dimakan.

Namun, baru-baru ini sebuah syarikat makanan, Impossible Foods, mencipta daging babi halal. Biar betul?!!!

Difahamkan, syarikat makanan tersebut telah berjaya mencipa satu patty daging yang mempunyai aroma sama seperti daging babi.

View this post on Instagram

My job apparently involves eating (fake) pork, and I love it.⁣ ⁣ We stopped by @impossible_foods headquarters recently to chat with CEO Pat Brown about the company's new plant-based Impossible Pork product, which imitates the look, smell and taste of real pig meat — though I'm no expert on the flavor, given I avoid the meat for religious reasons. This was my first time tasting "pork," which my CNET colleagues say actually tastes like the real thing. My takeaway: although it wasn't real pig meat, Impossible Pork was still tough to swallow. Link in bio. ?⁣ ⁣ #ImpossibleFoods #ImpossiblePork #plantbased #vegan #food #halal #kosher #pork #foodtech #ces2020 #ces #cnet #reporter #journalist #journalism

A post shared by Abrar Al-Heeti (@abraralheeti) on

Seorang wartawan daripada agensi media antarabangsa, Abrar Al-Heeti, berkongsi pengalamannya merasai daging babi yang dikatakan halal itu.

Menurutnya, kebanyakan wakil CNET menyatakan rasa patty daging berkenaan mempunyai rasa yang sama dengan daging babi asli.

Apa yang mencabar bagi Abrar adalah kerana dia beragama Islam yang tidak pernah memakan daging babi apatah lagi menyentuhnya untuk merasai patty daging itu.

“Walaupun ia bukanlah daging babi sebenar, tetapi ia masih sukar untuk ditelan,” ujarnya.

Berikutan kewujudan daging babi ‘halal’ itu, terdapat beberapa individu yang mahu merasai patty daging tersebut manakala terdapat juga pihak yang mempersoalkan status halal daging itu.

Difahamkan, antara bahan-bahan utama yang digunakan untuk membuat patty daging babi ‘halal’ itu ialah heme, protein yang ditanam dari akar soya yang mempunyai tekstur seperti daging babi asli.

Sumber: The Vocket