Waris daripada keluarga mati syahid warga Palestin akibat dibunuh rejim Zionis menerima undangan dari pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz untuk menjalankan ibadah haji tahun ini iaitu kira-kira seramai 1,000 jemaah haji.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Arab News, undangan itu adalah sebahagian daripada Program Tamu Haji dan Umrah oleh Penjaga Dua Masjid Suci, terutama untuk warga Palestin di mana kehilangan ahli keluarga akibat terbunuh serangan Israel.

Menurut Agensi Berita Saudi(SPA) pula, seramai 1,000 anggota keluarga syahid tersebut dibahagikan kepada 500 jemaah dari Tebing Barat dan selebihnya dari Semenanjung Gaza.

Selain itu, pemilihan pula dilaksanakan oleh komuniti khas yang dibentuk oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Gambar sekadar hiasan

Menterinya, Syeikh Abdullatif Al-Sheikh, menjelaskan bahawa undangan haji berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan oleh Raja Salman kepada mereka yang terkorban demi membela Palestin serta ahli keluarga agar lebih tenang selepas ditinggalkan.

“Kementerian akan segera melaksanakan perintah raja dan mempercepatkan proses perjalanan bagi jemaah haji program khusus ini, melalui kedutaan besarnya di Mesir dan Jordan,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro