Pelawak terkenal, Ajak Shiro, membawa keluarganya menunaikan ibadah umrah beberapa hari lepas dan pelbagai aktiviti yang dibuat di sana dikongsikannya melalui akaun Instagram miliknya.

Terbaru, dia memuatnaik video mengenai anaknya, Had Thaqif yang dilihat mengetuai bacaan talbiyah sambil diikuti oleh jemaah-jemaah yang lain ketika berada di dalam bas menuju ke Mekah.

Ramai warga laman sosial memuji anak cilik itu yang mengalunkan bacaan talbiyah sambil mendoakan semoga Had menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Nampaknya, ramai yang ‘jatuh hati’ dengan perwatakan Had yang berani dan ikhlas membaca talbiyah. Pandai Ajak dan isteri membesarkan anak-anak mereka, kan.

Selain itu, pelawak Achey turut mendoakan Had menjadi anak yang baik sehingga dewasa dan memuji betapa bertuahnya Ajak dan isteri memiliki seorang anak sepertinya.

Sumber: IG Ajak Shiro