Pasangan warga emas ini sudah mendirikan rumahtangga selama lebih 30 tahun dan mereka pun sudah berusia 60-an, tetapi kemesraan yang ditunjukkan seperti mereka baru mula bercinta.

Kisah pasangan ini diceritakan oleh seorang doktor di laman Facebook yang menganggap pasangan pakcik dan makcik itu sebagai relationship goal.

Menurutnya, kemesraan itu dilihat semasa si isteri ditahan di wad akibat strok dan menyebabkannya lumpuh sebelah anggota badan.

Suaminya begitu lembut mengajaknya membuat tugasan yang diberikan doktor seperti melekatkan bantal di cermin.

Difahamkan wanita itu seorang yang aktif mengajar kanak-kanak mengaji sebelum jatuh sakit. Kini, doktor meletakkan dia di wad rehabilitasi untuk memaksimakan pemulihan kefungsiannya kerana dia mahu aktif seperti dulu.

Pengajaran yang diperolehi dari kisah pasangan ini ialah ajakan adalah lebih berkesan daripada menyuruh pasangan anda melakukan sesuatu.

Biasanya lelaki jarang mahu menampakkan sisi romantis mereka di khalayak ramai tetapi asalkan tahu menghargai pasangan dengan cara tersendiri pun sudah cukup.

Selain itu, ramai pengguna warga laman Facebook meluahkan rasa sebak, terharu membaca kisah pasangan warga emas yang sweet ini.

Semoga ikatan dan kasih sayang dibina kekal berpanjangan selamanya.

Sumber: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan