Penyanyi cantik manis, Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27 tahun, berasa kekok apabila ada orang memanggilnya dengan gelaran ‘Hajah muda’ selepas dia pulang daripada mengerjakan haji, baru-baru ini.

Menurutnya, dia lebih selesa dipanggil Wany sahaja berbanding gelaran baru itu kerana dia berasa segan.

“Sebenarnya saya segan orang panggil hajah, tapi takkan saya nak larang kan. Terpulang pada masing-masing asal bukan dengan panggilan yang tak elok,” ujarnya.

“Cuma, kalau boleh panggil saja Wany. Saya okey saja. Malah ia lebih santai dan selesa untuk saya,” jelasnya.

Difahamkan, Wany baru saja pulang ke tanah air daripada mengerjakan haji pada Jumaat lepas dan terus bekerja.

“Dalam masa sama, saya dapat juga berkongsi pengalaman mengerjakan haji. Kalau orang tanya, saya akan cerita. Sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada orang lain,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro