Seorang guru melalui akaun Facebook miliknya, Bila Cikgu Emmet Menulis, meminta orang ramai walaupun berbeza kaum perlu saling mengenali dalam kepercayaan agama untuk membimbing rohani agar dapat menjadikan kita sebagai manusia yang baik dan pekerti tinggi.

“Beza agama tidak halang kasih terhadap ibu yang telah tiada,” ujar wanita yang lebih dikenali sebagai Cikgu Emmet itu.

Menurutnya, pada 2 November lalu, dia ternampak kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung ketika melalui kawasan perkuburan Kristian.

FB Cikgu Emmet Menulis

Difahamkan, mereka turut membersihkan perkuburan dan salah seorang daripadanya ialah guru Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Padawan iaitu cikgu Dayang Rafidah Awang Osman.

Difahamkan, Rafidah bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam membersihkan kubur mendiang neneknya.

FB Cikgu Emmet Menulis

Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim, tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman daripada pengunjung lain.

Menurut cikgu Emmet, Rafidah tidak sesekali memutuskan rasa kasih dan sayang kepada keluarga sebelah ibunya walaupun berbeza agama. Rasa sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka.

FB Cikgu Emmet Menulis

Untuk pengetahuan anda, 2 November adalah hari ‘All Soul Day’ iaitu hari di mana ramai sanak saudara menziarahi pusara orang tersayang yang telah pergi.

Penganut agama Kristian akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada di samping menukar bunga di jambangan pada hari tersebut.

Sumber: Astro Awani & Sinar Harian