Ramai yang teringin untuk memasuki Raudhah apabila berkesempatan semasa berada di Tanah Suci kerana ada waktu tertentu sahaja umat Islam boleh memasukinya.

Seorang pengguna laman Facebook, Nawal, berkongsi pengalaman dan tips untuk golongan perempuan yang mahu ke Raudhah dengan cara yang betul.

Jadual masuk Raudhah

Untuk perempuan boleh masuk 2 waktu iaitu selepas subuh dan selepas Isyak. Nak masuk Raudhah ni ada 3 atau 4 check point. Tips masuk Raudhah yang slalu orang share ialah pakai jubah hitam dan niqab/purdah supaya senang dapat masuk awal. Orang Arab biasanya akan dilepaskan masuk dulu berbanding orang nusantara.

Tips pertama

Bila dapat masuk di antara check point tu, jangan melulu ikut orang ramai ke pintu kayu warna coklat (refer gambar). Bila dia bagi masuk ke check point, memang semua orang akan berlari lari untuk pegi ke saf paling depan sekali. INGAT, Jangan ikut orang ramai sebab pintu ke check point seterusnya sebenarnya bukan dekat depan tapi dekat belah BELAKANG SEKALI. Pintu itu ditutup dengan kain kanvas warna putih (refer gambar). Itu sebenarnya pintu ke check point seterusnya. Bukan dekat saf pertama yang ada dinding kayu.

Tips kedua

haji.okezone.com

Bila nak masuk ke check point terakhir iaitu ke Raudhah, bila lalu di Makam Nabi (Kubah Hijau), ambil lorong yang paling tengah sekali. Guard Arab memang akan suruh penuhkan lorong kiri dan kanan sebab dia taknak bagi crowded di lorong tengah. So make sure beratur di lorong tengah sebab lorong tengah yang akan dibuka dulu.

Walau bagaimanapun, Nawal menjelaskan bahawa tips yang diberikannya hanya valid buat masa sekarang kerana dia tidak pasti jika peraturan dan jadual waktu akan berubah pada masa akan datang. Wallahualam.

Sumber: Fb SomethingBorrowed byNawal