Menunaikan rukun Islam kelima adalah impian setiap umat Islam di dunia ini. Ramai yang sanggup menunggu lama bagi nama terpilih untuk ke sana oleh Tabung Haji.

Seorang pengguna Facebook, Masnira Ramli, berkongsi cara mudah untuk orang ramai pergi menunaikan haji tanpa perlu menunggu lama lagi.

Menurutnya, dia menggunakan Visa Haji Furada untuk membawa kedua ibu bapanya mengerjakan haji kerana mahu mereka ke sana dalam keadaan masih kuat dan sihat.

Untuk pengetahuan anda, visa haji furada adalah visa haji yang dikeluarkan terus kepada wakil-wakil travel agensi tanpa melalui kuota dari Tabung Haji.

Tambahnya, jika anda mahu memohon visa haji ini anda perlu berhubung dengan mana-mana wakil travel yang menyediakan pakej-pakej haji berkenaan.

Gambar sekadar hiasan

“Saranan saya kenalpasti dahulu syarikat mana yang kita pilih. Jangan tidak tahu, ada yang tertipu dengan visa furada ni. Ambil masa untuk selidik dan berhati-hatilah,” pesannya.

Sesiapa saja boleh memohon visa ini manakala harga untuk mendapatkannya adalah bergantung kepada pakej haji yang dipilih di mana ia bergantung kepada jumlah hari, penginapan di makkah, dan juga penginapan di Arafah dan Mina.

“Ada yang harga bermula 30k sehingga ke ratusan ribu ringgit sesuai dengan perkhidmatan yang bakal kita terima nanti,” jelasnya.

Jika anda mahu memohon visa haji furada, eloklah anda menyimpan duit sejak muda ini supaya kita dapat menunaikan haji dengan lebih cepat dan selesa.

Sumber: Fb Masnira Ramli