Bercuti bersama anak-anak pasti akan menelan belanja yang besar terutama jika kita pergi bercuti ke luar negara.

Seorang pengguna laman Facebook, Kinakira Awg, berkongsi itinerari ke Hatyai bersama dua orang anaknya dengan menaiki ETS.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Kina itu menjelaskan mereka sekeluarga empat orang hanya menghabiskan sebanyak RM1600 sahaja sepanjang bercuti ke Hatyai selama tiga hari dua malam.


Day 1

Dari Kl Sentral ke Padang Besar
Tren bertolak jam 7 pagi
Tiba Padang Besar jam 12.30
Berjalan ke imigresen Malaysia
Naik van ke imigresen Thailand ( Sewa satu van TBHT 1300)
Van bawa kami dari Imigresen Thailand Ke Hotel di Hatyai
Check in hotel. Kami stay di Hatyai Meridien Hotel. RM180 sahaja dua malam. Ada kedai makan muslim dan kedai urut depan hotel. Memudahkan. Cuma, hotel tu..hotel lama.
Lunch di Salma Restaurant. Sedap gilerr cuma harga agak mahal
Jalan-jalan di Lee Gardens Plaza. Cuci mata untuk kosongkan perut.
Menaiki tuk tuk ke Asean Night Market. (Seorang TBHT 16)
Shopping jersey dan makan-makan. Heaven. Street food at it best! Murah
Menyesal juga makan banyak di Salma.. sebab kat sini semua jenis makanan Thai ada. Murahhhh pulak tu.
Malam kami balik hotel dan berehat.

Day 2

Breakfast di Dimsum Chadbura.
Makanan super sedapp! Seat penuh kedai sesak, so kena datang awal. Kedai buka seawal jam 6.00pagi

Nora Plaza. Banyak barang kulit dijual disini dan souvenier juga macam T-shirt, keychain dan sebagainya. But harga quite mahal.

Cashew Nut Factory (5 minutes walk from Nora Plaza)

Solat Zohor di Hatyai Central Mosque.Masjid ni benar-benar dekat dihati saya kerana suka melihat keramahan penduduk setempat serta ahli qariah masjid yang duduk bersama-sama menunggu hujan berhenti.

Naik grab ke Floating Market. Rate dia dlm TBHT 120 untuk ke sana. Sebab lokasi dia jauh sket dari town. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Jadi kalau boleh standby payung atau baju hujan. Travel dengan budak kecil mmg banyak kena standby peralatan lebih-lebih lagi backpack begini. Floating market ni memang best gilerrr! Makanan authentic semua ada. Cuma kena berhati-hati pilih peniaga yang bersih dan terjamin muslim. Time kami pergi orang memang ramai sangat. Jadi tempat duduk sesak sket plus ada banyak anjing liar mintak makanan. Scaryy!
So, kalau nak shopping souvenier.. here is the place. Tshirt Hatyai murah dapat TBHT 80 JE….

Dinner at Klonghae Seafood Buffet. Makanan super murah TBHT 300 SAHAJA! Boleh makan apa sahaja dari pencuci mulut, lauk-pauk sehingga ke pelbagai jenis seafood stimboat and grill. Nyumms.

Day 3

Kim Yong Market. Cuci-cuci mata tengok barang basah dan cari gula kabung.
Breakfast kedai makan muslim depan hotel je. Makanan simple tapi sedap oii.
Naik Van bergerak ke Station Kereta Api Padang Besar.
Tren back Kuala Lumpur.

Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai 3 hari 2 malam termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan dan makan minum dalam RM1600.

“Kat sini saya share phone number van yang kami guna. Orangnya ramah, boleh berbahasa melayu dan servis bagus, Riddhuwan – ‭019 342 3362‬,” tambahnya.

Menurutnya, dia menasihati ibu bapa yang mahu menaiki ETS agar membawa baju sejuk atau selimut kerana persekitaran dalam tren tersebut sejuk dan dikhuatiri kanak-kanak tidak tahan sejuk.

Sumber: FB Kinakira Awg