Berpeluang untuk bulan madu di luar negara dan melawat negara idaman merupakan impian pasangan yang baru berkahwin.

Bayangkan, anda dapat menjejakkan kaki ke negara idaman dengan pasangan tersayang dan dapat mengukir kenangan manis bersama. Memang indah!

Namun, bukan mudah untuk merealisasikan impian tersebut kerana terpaksa memikirkan kos percutian yang agak mahal jika anda mengimpikan percutian bulan madu di negara-negara terkemuka dunia contohnya Turki.

Seorang pengguna laman Facebook, Nurul H. Miszdae, berkongsi itinerari sepanjang tujuh hari berbulan madu di Istanbul dan Cappadocia yang terletak di Turki.

Istanbul

So nak cerita terus di Istanbul la. Kitorang landing di airport Sabiha Gocken International Airport.
? Sabiha ke kota istanbul naik bas Havabus 25TL. Turun di Taksim.
? Di Taksim, naik furnicular pastu tukar metro & turun di Sultanahmet.
? topup Istanbulkart (macam TouchnGo) 60 TL siap2. Boleh kongsi kad utk 2 org

? Check in di Avicenna Hotel (sangat recommended sebab cantik). Harga RM 133.80 (untuk dua orang) termasuk breakfast.

* Jalan explore Istanbul. Kami lebih prefer berjalan kaki, sebab istanbul sangatttttt cantikkkkkkkk. So nak menikmati keindahannya. Antara tempat yang dilawati ialah :

? Blue Mosque FREE
? Hagia Sophia 40 TL
? Basilica Cistern 20 TL
? Topkapi Palace FREE (kat luar je sebab ramai mcm malas pula beratur)
? Grand Bazaar FREE
? Spice Bazaar FREE
? Seaside FREE (Boleh naik cruise)
? Gulhane Park FREE
? Hard Rock Cafe FREE

3 Hari di Istanbul memang sangat best! Memang tenang sungguh Istanbul. Jadi kami banyak ambil kesempatan untuk solat di Blue Mosque. Best sangat… Makan pula jangan risau sebab memang banyak kedai restoran halal. Cuma nak makan murah or mahal. Di istanbul, pagi breakfast disediakan di hotel, jadi kami cuma perlu makan di luar utk tengahari / malam sahaja. But 3 hari di istanbul boleh tahan muak jugak la mkanan dia sebab makanan dia kering. Kalau tak kebab, nak makan nasi dia pon, lauk daging dia cm yg kat kebab tu hahahaha. Korang bawakla maggi / nasi / brahim just in case muak.

Cappadocia

? Ambil tram dari Sultanahmet ke station Kabatas (guna istanbulkart)
? Di kabatas, tukar untuk naik furnicular dan berhenti di Taksim (guna istanbulkart)
? Tunggu bas Havabus 25TL
✈️ Tiba di Sabiha Gocken airport
? Flight to Kayseri. (Book online siap2 di website pegasus. Harga RM 157 seorang termasuk meals)

Di Cappadocia, ada dua airport; Kayseri dan Nevsehir. So kami mendarat di Kayseri sebab ada promo Pegasus so murah hehe.

? Dari airport, shuttle bus hotel ambil kami. Dia dah pampang nama kita di Arrivals. Tapi bukan free ye haha.
25 TL per person.
? Tiba di Dorm Cave by Travellers. Saje nak fengfeeling tidur kt gua la kononnya. RM 253 untuk 2 malam termsuk breakfast.

Yang bestnya hotel kami ni ialah, dia boleh beri harga diskaun untuk naik hot air balloon. Hotel yang kitorang duduk tu, dia siap bagi list nak naik hot air balloon jenama apa. Paling murah €70 (tapi tak tahu ape jenama).
Jenama yang biasa orang ambil seperti :
Universal Balloons = €80
Anatolia Balloons = €80
Discovery Balloons = €90

Kadang terkejut juga bila kawan2 cerita yg diorang pergi ikut travel agent, harga hot air balloon tak termasuk dalam pakej, and kalau nak tambah, kena tambah €200, like whuttt??? Yang kitorang punya murah je, takdela sampai €200. Huhu. Selepas survey siap2 online (kat Malaysia), kitorang decided untuk ambil jenama universal balloon sebab mcm lagi famous dan lebih experienced. Hahahaha. Tapi owner hotel siap bagi discount kat kami so kami dpt harga €70 per person je ?

Nak naik hot air balloon ni, pagi2 pukul 4 dia dah kejut kita wehhhh. And surprisingly diorang ni datang on time! So pukul 4 tu dengan mata mengantuk lagi tapi dah bersiap2 naik shuttle bus yang disediakan. Rupanya sebab dia nak kena ambil orang lain dari hotel lain lagi.

Then kami join tour untuk explore Cappadocia, pun di organise oleh hotel kami. Harga 90 TL untuk seorang dan dapat pergi ke:

Goreme open air museum
Cavusin old vilage
Pasabag chimney
Avanos pottry village
Devrent valley
Urugup
Uchisar castle

*price include entrance fee, transportation, lunch and guide. Habis tour dalam pukul 3.30 pm dan kami terus join another tour pada pukul 4.30 pm dari hotel untuk tengok sunset, dan ini free je.

So kat Cappadocia, kami banyak save sebab tour dia banyak bagi free meals haha. So memang best!
The next day kami banyak berjalan pusing Cappadocia untuk bergambar dan beli souvenirs je.

Nota Penting

1. Memandangkan ini honeymoon, jadi hotel yang kami pilih ialah hotel yang proper la sebab kalau backpack dgn kawan of course hotel cikai dan murah kita tak kisah kan, haha. Kami pon decide untuk pergi ke semua pusat tarikan di Istanbul dan Cappadocia, dan juga nak try hot air balloon. Jadi mungkin la bajet tu agak mahal sbb nak bayar semua entrance fee kan. But for me, untuk trip yg proper dan siap dapat pergi ke mcm2 tempat, bajet & itinerari ni kira dah reasonable. Hehe Tapi mcm rugi je kalau dh dtg tak pergi ke tempat2 tarikan dia kan…
2. Sekarang duit lira tengah murah, so boleh pergi Turki sekarang hihi.
3. Bajet yang saya berikan tu mostly untuk seorang. Harga hotel je utk dua orang.
4. Memandangkan cuti kami tidak lama, jadi kami memang nak fokus untuk explore Istanbul dan Cappadocia sahaja.
5. Bajet yg sy nyatakan diatas TIDAK termasuk flight dari Malaysia sebab haritu ade flight Air Asia ke Tehran jadi kalau All in including flight from Malaysia, ktorang hbis dalam RM 2300 la termasuk flight, hotel, segala tiket & trip, hot air balloon, pengangkutan dan trip di Tehran sekali. Tapi since dah takde kan, so tak perlu la cerita pasal flight dari malaysia.

Sumber: Fb Nurul H. Miszdae