Jodoh sememangnya misteri dan kadangkala kita tidak sangka akan bertemu jodoh di tempat-tempat yang tidak disangka. Seorang wanita muda Filipina yang bekerja di Arab Saudi menarik perhatian media sosial selepas berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya melalui permainan video dalam talian.

Samra, 23 tahun, seorang pembantu domestik di Arab saudi hanya bermain permainan video RPG(Role-Playing Game) pada masa terluang, lapor Filipino Times.

Bagaimanapun dia tidak menyangka pertemuannya dengan Triston Wallin, seorang lelaki berusia 21 tahun yang tinggal di Las Vegas, Amerika Syarikat(AS) akan berakhir dengan perkahwinan.

Selepas pertemuan awal mereka dalam dunia permainan video pada Jun 2017, mereka mula berbual dan berhubung antara satu sama lain setiap hari melalui panggilan video.

Hubungan mereka semakin mesra melalui permainan video yang mana Triston, seorang ‘gamer’ profesional sering memberikan wang dan barang-barang ‘rare’ kepada Samra. Menurutnya, Triston melamarnya tetapi dia tidak terus bersetuju kerana belum bersedia.

Selain itu, Triston merancang untuk membawa Samra ke AS dan akan membantu isterinya menjadi warganegara AS. Kisah cinta mereka yang unik juga dipaparkan dalam program gaya hidup GMA-7, ‘Kapuso Mo, Jessica Soho’.

Sumber: mStar