Ustaz dan juga pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew, terkenal di negara ini dengan cara mendakwah yang santai dan bersahaja.

Dia gemar berdakwah di mana-mana sahaja tidak kira di tepi jalan, tepi longkang malah di tepi-tepi lorong ‘gelap’ di ibu kota.

Semalam, ustaz Ebit Lew berkongsi satu rakaman video di akaun Facebook miliknya di salah satu ceramahnya iaitu di Masai, Johor.

Menurutnya, dia telah mengislamkan seorang wanita Cina yang dikenali sebagai Natasha, di majlis ceramah tersebut.

Sebak tadi wanita chinese baik sangat orangnya memeluk Islam. Walau belum Islam dia hadir ceramah saya. Kenal saya, teringin dengar ceramah dan berjumpa. Awal dia sampai sebab nak duduk depan. Ramai sangat orang tadi. Dia suka tengok saya dakwah dengan kasih sayang pada keluarga dan jalanan. Ramai yang hadir masa program di Masai ni. Baik sangat orang Masai.

Masa ceramah saya pergi terus kepadanya dan ajak dia masuk Islam depan ramai orang. Sebak bila beliau dengan kerelaan beliau tanpa paksaan ingin mengucap syahadah. Semua orang menangis. Natasha menangis saat ucap syahadah.

Saya tengok wajah beliau begitu bahagia saat dapat mengucap. Semua pakcik makcik dan hadirin yang hadir menangis. Semua peluk dan ucap tahniah pada Natasha. Ya Allah hilang rasa penat dan letih ini. Ya Allah inilah saudariku yang baik. Jagakanlah beliau, bahagiakan dan permudahkan segala urusan Tasha. Kabulkan segala doa dan cita-citanya.

Selain itu, ramai pengguna laman sosial tersebut sebak melihat rakaman video Natasha mengucap dua kalimah syahadah itu dan berdoa agar dia menjadi seorang muslimah sejati dan istiqomah. In shaa Allah mudah-mudahan.

Sumber: FB Ebit Lew