Duit kertas Ringgit negara ini bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak khinzir seperti yang hangat diperkatakan.

malaysiakini.com

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, menjelaskan bahawa wang kertas RM1 dan RM5 menggunakan polimer adalah kerana ia lebih tahan empat kali ganda berbanding wang kertas biasa.

“Wang kertas tidak mengandungi apa-apa unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, Bank Negara Malaysia(BNM) sudah mendapat laporan terperinci daripada makmal bebas yang mengesahkan tiada sebarang unsur lemak haiwan dalam wang polimer.

Tambahnya, perkara itu sudah dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah BNM yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was.

Sumber: Harian Metro & Bernama