Memiliki tulisan cantik memerlukan bakat semulajadi yang ada pada setiap individu terpilih. Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Alif Firdaus, boleh menulis jawi dengan cantik walaupun dia mempunyai penyakit Epidermolysis Bullosa.

Menurut ibunya, Ruz Dyah, anaknya bersemangat untuk menulis jawi walaupun menghadapi kesukaran akibat jari jemarinya yang melekat antara satu sama lain.

“Kalah abang dan kakak, tulisan umi pun tak secantik tulisan adik tau. Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkn jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sentiasa dibawah lindungan Allah,” tulisnya di laman Facebook.

“Walaupun jari jemari adik tidak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas,” jelasnya.

“Anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ini semangat adik bertambah kuat, ceria dan sentiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat,” sambungnya.

Semoga adik Alif diberi kesembuhan dan membesar dengan sihat di samping keluarga tersayang.

Sumber: Gempak & Fb Ruz Dyah