Demam pilihanraya masih lagi hangat di negara ini selepas kemenangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, menjadi bualan hangat kerana dilihat mempunyai pakej bukan sahaja bijak tetapi juga kacak.

Nama Syed Saddiq meniti di bibir gadis-gadis muda dan dia disenangi oleh kaum wanita kerana pandai mengambil hati selain bijak berbicara.

Terbaru, wajah Syed Saddiq dikatakan menjadi pelaris makanan dan minuman di bazaar Ramadan apabila sesetengah penjual dilihat menggunakan nama dan wajahnya semasa berniaga.

I should start charging these people. Terima kasih kepada rakan rakan yang kongsikan ini kepada saya. Moga rezeki bertambah,” tulisnya di laman Instagram.

Mungkin ramai yang sudah jatuh hati dengan Syed Saddiq ini hingga membuatkan nama dan wajahnya menjadi tarikan pengunjung bazaar Ramadan.

Sumber: Astro Gempak