Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang gadis yang mendakwa ayam goreng yang dibeli dari restoran makanan segera terkenal, McDonalds, berulat apabila dia mahu menjamahnya di rumah.

Berikutan perkongsian @rabbykrabby di laman sosial Twitter itu tular, ia mendapat perhatian restoran makanan segera terkenal itu menghubungi gadis itu yang lebih dikenali sebagai Arabella untuk menyelesaikan isu tersebut.

Menurut kenyataan terbaru dari Arabella, dia memohon maaf kepada pihak McDonalds kerana membuat dakwaan tidak benar dan memfitnah tanpa usul periksa.

Difahamkan, ayam goreng yang sudah berulat itu telah disimpan di rumahnya beberapa hari selepas dibeli dan terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan itu tercemar.

“Dengan ini, SAYA MEMOHON MAAF KEPADA PIHAK MCDONALD’S MALAYSIA kerana membuat dakwaan-dakwaan yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald’s. Saya sedar bahawa kenyataan saya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald’s Malaysia,” tulisnya di laman sosial Twitter menerusi akaun miliknya.

Dia turut menyesali tindakan dilakukannya dan berjanji tidak akan mengulanginya selain meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar ayam berulat itu di laman sosial.

“Saya membuat kenyataan ini secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak,” sambungnya lagi.

Terdahulu, ramai warga laman sosial berasa loya tekak selepas melihat gambar disebarkan Arabella seterusnya membuat keputusan untuk tidak pergi membeli makanan di McDonalds lagi kerana takut makanan dibeli berulat seperti dialaminya.

twitter.com

Kesimpulannya, janganlah kita membuat dakwaan palsu dan fitnah kerana tindakan itu akan merugikan diri kita sendiri dan berpotensi untuk diambil tindakan undang-undang jika ia menjadi semakin tidak terkawal.

Sumber: Twitter @rabbykrabby