Pemilik video yang tular di laman sosial mengenai suara kedengaran seperti meminta tolong di tanah perkuburan minggu lalu sekitar pukul 3.45 petang, Siti Natrah Ismail, 30 tahun, ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

“Video saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet,” ujar ibu kepada tiga anak itu.

Menurut rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran seperti suara misteri seolah-olah merayu dan meraung meminta tolong ketika dia berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkuburan berkenaan sehingga mendapat perhatian warga laman sosial.

“Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ. Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu,” jelasnya.

“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati,” ujarnya.

Menurutnya, pada waktu itu, angin bertiup kuat dan tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat,” katanya.

“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama,” tambahnya.

“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur,” sambungnya lagi.

Malah, Natrah turut menafikan video itu disunting serta tiada niat untuk meraih perhatian orang ramai.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” ujarnya.

“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya.

Sumber: Harian Metro