Semalam rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan bola sepak semi final antara Malaysia dengan Thailand di mana skuad Harimau Malaya berjaya ‘menundukkan’ Gajah Putih apabila memenangi perlawanan sengit tersebut dan seterusnya mara ke peringkat final Piala AFF Suzuki 2018.

Bacaan doa pemain diketuai oleh Adam Nor Adlin itu dilihat penuh emosi hingga semua pemain yang menadah tangan menitiskan airmata.

Babak airmata dapat dirakam apabila pemain skuad negara berdoa selepas habis perlawanan itu hingga membuatkan para penyokong yang melihat video tersebut sebak.

Pasukan Harimau Malaya berjaya ke final selepas mengikat jaringan gol 2-2 di stadium Rajamangala, Thailand. Lihatlah gol pembukaan bagi skuad negara yang bertaraf antarabangsa oleh Syahmi Safari pada minit ke 29. Power betul!

Masih teringat lagi detik-detik penuh debaran apabila skuad Thailand diberi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan. Walau bagaimanapun, sepakan penalti tersebut membuatkan rakyat Malaysia bersorak kegembiraan apabila pemain Thailand tidak dapat menyempurnakannya.

Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di final nanti, namun ia bergantung pada siapa yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir pada Khamis.

Sumber: IG Malaysia Soccer