Bulan Ramadan mengajar kita menahan nafsu lapar di siang hari. Disebabkan itu, sahur menjadi faktor penting supaya kita dapat melawan perasaan lapar di saat sedang sibuk membuat kerja.

Pada bulan puasa juga la akan wujud satu geng yang cukup terkenal iaitu “Geng Plastik Hitam”. Geng ini wujud kerana ada pihak yang mahu mencuri-curi beli makanan pada waktu siang dan “berbuka” awal dari waktu yang sebenar.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam di seluruh negara untuk membasmi geng ini dan seterusnya memberi keinsafan kepada mereka supaya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dengan menangkap umat Islam yang tidak puasa menggunakan van jenazah.

Seorang pengguna Facebook, Emcee Saufi, membuat satu video parodi khas untuk geng plastik hitam di laman Facebook hingga menjadi tular.

Walaupun video tersebut hanya berdurasi satu minit, namun ia memberi maksud yang agak “deep”. Namun, Saufi hanya bergurau dan meminta orang ramai tak mengecamnya.

Sumber: Fb Emcee Saufi