Di negara ini, kita jarang melihat orang Islam memberi makan kepada anjing liar atau anjing terbiar. Mungkin kerana tidak mahu samak jika ada anjing terpegang mereka, takut dikejar anjing, fobia dengan anjing kerana pengalaman hidup adalah antara sebab-sebab yang mungkin membuatkan orang Muslim sukar untuk memberi makanan kepada haiwan tersebut.

Di Turki, seorang lelaki tua Muslim ini gemar memberi makanan kepada anjing-anjing terbiar yang ada di negara berkenaan hingga dikagumi oleh warga laman sosial. Mulianya hati pakcik ni!

Seorang pengguna laman Twitter, @IzzRaifHarz, berkongsi video tersebut dengan harapan dapat melihat situasi itu lebih kerap di Malaysia seterusnya dapat menghapuskan stigma masyarakat yang memandang pelik orang Muslim memberi makanan kepada anjing liar.

Dapat dilihat lelaki tua Muslim Turki tersebut sangat gembira memberi makanan kepada anjing-anjing tersebut dan boleh dikatakan dia akan memberi makan kepada mereka setiap hari.

Menurutnya, haiwan berkenaan akan mendoakan kesejahteraannya sebagai balasan memberi makanan kepada mereka.

Selain itu, seorang pengguna Twitter, @manisjane12, turut berkongsi video seorang wanita di negara ini memberi makanan kepada anjing liar di tepi jalan. Respect makcik!

Kesimpulannya, janganlah kita membeza-bezakan haiwan manakah yang kita mahu tolong, sebaliknya lebih baik jika kita menolong kesemua haiwan kerana semuanya ciptaan Allah SWT.

Mungkin dengan pendedahan video-video seperti di atas ini dapat menghapuskan pandangan masyarakat tempatan yang memandang pelik orang Muslim memberi makanan kepada anjing liar.

Sumber: Twitter @IzzRaifHarz