Terdahulu, media melaporkan Kementerian Kesihatan akan membentangkan akta baharu berkaitan pengunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac depan.

Kementerian Kesihatan kini sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.

suaraperak.com

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, menjelaskan bahawa pihaknya masih memerlukan lebih banyak data maklumat berhubung perkara itu sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, langkah itu harus diambil kerana masalah penggunaan rokok elektronik dan vape semakin tidak terkawal dalam kalangan pelajar sekolah.

“Keputusan belum diputuskan sama ada e-cigaratte atau vape itu kita nak larang seratus peratus ataupun kita nak kenakan sekatan yang ketat dari segi penjualan ada nikotin atau penjualan tanpa nikotin,” ujarnya.

“Jadi ini beberapa pilihan yang kita ada kaji melalui jawatankuasa khas tersebut di mana saya pengerusi dan keputusan akan dibuat sebaik sahaja kita ada maklumat yang selanjutnya,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, keputusan mengenai perkara itu dijangka diketahui pada tahun depan bergantung kepada pengumpulan data maklumat yang diperlukan.

Sumber: Astro Awani