Bekas pengacara Nona, Uyaina Arshad, 26 tahun, berjaya memenangi pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang diadakan di Indonesia baru-baru ini.

Pertandingan yang pertama kali dianjurkan itu disertai oleh 17 orang peserta dari enam negara Asia iaitu Indonesia, Brunei, Turki, Timor Leste dan Singapura.

bintang.com

Kemenangan Uyaina turut disaksikan oleh artis popular Malaysia, Erra Fazira, yang juga menjadi juri dalam pertandingan tersebut.

bintang.com

Atas kemenangan itu, Uyaina berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, trofi dan juga tiara.

bintang.com

Selain Uyaina, peserta dari Malaysia yang menyertai pertandingan itu ialah Syifa Melvin dan Nurain Zamri. Tahniah Uyaina kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di negara jiran!

Sumber: mStar