Pada minggu lepas, penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew, berkongsi kisah apabila dia turun ke bawah jambatan untuk berdakwah.

Menurutnya, dia berasa sebak dan kesian melihat seorang anak muda yang tinggal di bawah sebuah jambatan dengan keadaan tangannya yang patah.

“Saya beri dia sedikit duit belanja dan sarapan pagi. Katanya Ustaz, macam tahu je apa saya rasa. Kata-kata ustaz sampai ke hati saya, ustaz macam tahu je. Saya rindu semua nasihat begini,” ujarnya.

“Tak sangka ustaz sanggup meniarap macam tikus dekat bawah ni. Sedih rasa tengok adik ni tidur dekat sini. Ya Allah ampunkanlah dosaku ini,
sedang saya tidur lena ada orang tinggal bawah jambatan begini. Ujian hidup manusia berbeza-bezakan,” jelasnya.

“Jika biasa je ujian pasti takdelah sampai tidur sini. Rasa sebak dan nak menangis. Dulu saya takde tempat tidur. Pernah tidur di masjid. Walau kadang tepi longkang masjid sebab masjid ada tak boleh iktikaf waktu malam. Syukur. Tapi tak pernah tidur ditepi tebing begini,” katanya.

“Baik betul adik ini dengar nasihat saya. Allahuakbar. Perkataan terima kaseh banyak kali diucapkannya. Sedih rasa. Semoga Allah rahmati dan permudahkan hidup beliau. Pohon doa nak bantu lebih ramai orang yang hidup susah,” sambungnya lagi.

Semoga dakwah yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew memberi pengajaran kepada kita semua bahawa sesungguhnya ada ramai lagi yang lebih susah daripada kita serta kita seharusnya bersyukur dengan rezeki yang diberi oleh Allah SWT.

Sumber: FB Ebit Lew