Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew(UEL), tular di laman sosial buat kesekian kali apabila ‘turun padang’ menolong pihak dalam kesusahan di seluruh Malaysia.

Semalam, UEL dilihat meredah banjir demi memberi bantuan kepada penduduk Kampung Changkat Lobak, Kampung Parit Air Hitam 2, dan pusat mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Parit Hj Aman, Perak. 

“Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga. 64 tilam queen dan 130 tilam single. Serta sedikit duit belanja dan barang makanan. Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat,” ujarnya.

“Ini banjir ketiga tahun 2020 buat mereka. Tiga kali dipindahkan ke pusat banjir. Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis. Berat ujian mereka. Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil. Ada yang warga emas. Dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari,” jelasnya.

“Ujian kerana Allah sayang. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat semua yang dilanda banjir tahun 2020 ini,” katanya.

“Terima kasih APM, PDRM, JKM,KKM, Rela serta semua yang membantu mangsa banjir. Allah pasti balas segala susah payah dan pengorbanan semua,” tambahnya lagi.

Sumber: FB Ustaz Ebit Lew