Baru-baru ini, penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew, berkongsi sebuah kisah di akaun Facebook miliknya mengenai seorang lelaki bernama Raj yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

“Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik dia memeluk Islam,” ujarnya.

Menurutnya, tiada apa yang lebih bermakna selain setiap dakwah yang dijalankannya itu menyentuh perasaan sehingga membuka hati sesetengah individu terutamanya yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam dan meminta bimbingan daripadanya.

Tambahnya, walaupun badan Raj dipenuhi tatu namun itu bukanlah penghalang untuk dia terbuka mencari dan menerima hidayah Allah S.W.T.

“Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan dia. Hari ini dia ucap syahadah. Dia memeluk Islam,” jelasnya.

“Walau bawa senjata ke mana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya,” katanya.

“Tahniah Raj. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam,” sambungnya lagi.

Selain itu, warga laman sosial mulai memenuhi ruangan komen dan meluahkan rasa syukur di atas khabar gembira berkenaan.

Semoga Raj istiqomah dan tidak berputus asa mempelajari agama Islam. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT.

Sumber: Astro Awani & FB Ustaz Ebit Lew