Siapa yang tidak kenal penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal, yang sentiasa memberi ceramah keagamaan hingga video ceramahnya banyak dimuatnaik di laman sosial terutama laman Facebook.

Baru-baru ini, ustaz Don dilihat membuat kejutan hari jadi buat isteri tersayang di tempat kerja iaitu di sebuah hospital.

Menurut isterinya, Dr. Husna Zahry, pada mulanya seorang jururawat memanggilnya kerana ada seorang pesakit mahu bercakap dengannya di meja hadapan atau front desk.

Kemudian, dengan kesihatannya yang tak berapa sihat, Husna tetap berjalan ke kaunter dan terkejut apabila seseorang menarik tangan membawanya ke sebuah troli berisi hadiah kejutan hari jadinya berupa coklat, sejambak bunga dan satu bekas dipenuhi cupcakes.

Rupa-rupanya suami tercinta buat kejutan awal hari jadi untuk isteri tersayang di tempat kerja. Alahai memang sweet betul ustaz Don.

Pandai betul ustaz Don berpakat dengan jururawat berlakon sebagai pesakit di tempat kerja isterinya. Semoga rumahtangga kalian kekal hingga ke syurga.

Sumber: IG Husnazahry