Uptown Danau Kota sudah lama menjadi tarikan kepada penduduk ibu kota terutama pada bulan Ramadan kerana menjual barangan pada harga rendah dan pelbagai barang turut dijual di sini.

vocket.com

Walau bagaimanapun, peniaga Uptown Danau Kota bakal dipindahkan ke lokasi baru untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sekitar lokasi tersebut.

Ahli parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew, memberitahu bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) akan menyediakan kawasan perniagaan kondusif di Jalan Genting Klang iaitu bersebelahan JPJ Wangsa Maju sebagai tapak kekal Uptown Danau Kota.

“Sementara projek siap, DBKL akan mengarahkan peniaga berpindah ke tapak sementara di Taman Setapak Indah enam bulan dari sekarang atau selepas Ramadan,” ujarnya sambil menjelaskan projek tapak kekal Uptown Danau Kota mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun enam bulan untuk disiapkan.

vocket.com

“Tiada lagi penganjur yang akan uruskan bazar larut malam itu selepas DBKL mengambil alih pengurusan. Penganjur sebelum ini eksploitasi peniaga kutip sewa RM1,000 hingga RM3,000 pada bulan Ramadan dengan peroleh untung RM30,000 sebulan,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian