Pelakon semakin meningkat naik, Janna Nick, 23 tahun, bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia di negara tuan rumah, Rusia bersama adiknya dan pelakon Alvin Chong serta pemenang pertandingan anjuran telefon bimbit jenama Vivo.

“Saya berangkat ke Rusia pada Isnin dan dapatlah rasa pengalaman berpuasa di sana. Saya akan balik Malaysia pada hari raya keempat,” ujarnya.

Sebelum dia berangkat, dia memberitahu takkan melepaskan peluang ke sana lebih-lebih lagi dia ditaja sepenuhnya.

“Saya memang minat bola tapi tak suka tengok di televisyen. Lebih suka dan seronok kalau dapat tengok secara langsung,” jelasnya yang berpendapat dia lebih bersemangat untuk menonton perlawanan secara langsung.

Selain itu, Janna dan Alvin merancang untuk memakai baju raya ketika menonton Piala Dunia di stadium itu nanti.

“Kami pun dah rancang nak pakai baju raya sama-sama untuk ambil gambar di stadium sana,” sambungnya.

Sumber: mStar