Jika anda seorang peminat superhero, anda pasti suka mengumpul koleksi barangan superhero tak kira mahal atau murah.

Pernahkah anda terfikir bahawa tudung juga boleh dijadikan koleksi superhero? Tudung jenama Fareeda baru-baru ini berkolaberasi dengan DC Comics Super Heroes menampilkan tiga watak superhero iaitu Superman, Batman dan Wonder Woman.

Menurut akaun Instagram pemilik Fareeda, anda boleh dapatkan tudung superhero bertatahkan batu jemeki tersebut di Johor Bahru City Square bermula 17 Mei lalu hingga 13 Jun ini. Boleh la beli untuk digayakan pada pagi raya nanti 😉

Sumber: IG Mawar Karim