Uncle Kuan memang sangat dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun berlainan bangsa, sifat murni yang ditunjukkan olehnya peru dicontohi orang ramai.

kosmo.com.my

Uncle Kuan merupakan unsung hero yang sering membantu orang dalam kesusahan. Bantuan makanan, tempat tinggal, ambulans RM1, rumah tumpangan RM1 antara sumbangannya kepada masyarakat.

Baru baru ini, Uncle Kuan sekali lagi mendapat pujian netizen kerana menawarkan perkhidmatan van jenazah bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Menurut Uncle Kuan, perkhidmatan van jenazah ini cuma mengenakan bayaran sebanyak RM1 tanpa mengira jarak untuk memudahkan urusan keluarga yang kurang berkemampuan.

Hidup Uncle Kuan!

Sumber: Kosmo.Com.My