Kita sedia maklum bahawa penyanyi dan pelawak, Mark Adam, telah memeluk Islam sejak tahun 2003 dan kemudiannya berkahwin dengan pengurusnya iaitu Nor Azah Redzuan.

View this post on Instagram

Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Kini, Mark yang telah berusia 40 tahun berkongsi sebuah video di akaun Instagram miliknya yang sedang belajar membaca Iqra.

Dilihat seorang lelaki yang dipanggil Ustaz membantunya membaca Iqra serta memperbetulkan bacaannya.

Selain itu, Mark turut berterima kasih kepada ustaz tersebut kerana membantunya membaca Iqra.

Malah, warga laman sosial dilihat memberi pelbagai komen di perkongsian video tersebut. Ada juga yang berharap agar ia dapat dijadikan contoh kepada orang ramai untuk belajar membaca al-Quran walaupun sudah berusia.

Ilmu tidak mengenal usia. Carilah ilmu selagi kita bernafas. Banyak kebaikan yang kita peroleh jika ilmu penuh di dada. 🙂

Sumber: IG Mark Adam & Rotikaya