Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan koir peringkat kebangsaaan antarabangsa di Rom, Itali yang diadakan pada 14 Julai lalu.

Pertandingan dikenali sebagai ‘Musica Eterna Roma International Choir Festival & Competition’ itu disertai oleh sekumpulan peserta koir dari UiTM Chamber Choir (UCC) berjaya menggungguli peserta lain dan meraih tempat pertama bagi kategori wanita.

twitter @vcuitm

Malah, mereka turut memperoleh anugerah khas persembahan terbaik dengan markah tertinggi manakala kategori lelaki pula turut menggondol tempat pertama serta pingat emas bagi kategori campuran.

twitter @vcuitm

Menurut Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof. Madya Dr Tazul Tajuddin, dia memberitahu bahawa kejayaan yang diraih oleh mereka merupakan pencapaian paling membanggakan selain membuktikan kemampuan anak muda tempatan dalam bidang seni koir di peringkat antarabangsa.

“Sebanyak 13 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini antaranya Taiwan, Hong Kong, Belgium, Indonesia, Ireland, Great Britain, Itali, Croatia dan Afrika Selatan,” ujarnya.

Sumber: Era Baru