Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie telah bergelar bapa penghujung tahun lalu dan kelihatan teruja sejak isterinya mengandung sehinggalah sekarang.

Baru-baru ini, Jovian sempat mengadakan majlis aqiqah untuk puteri kesayanganya, Jeanelle Nika Mandagie bersama ahli keluarga terdekat.

Jovian sempat berkongsi gambar dan video majlis tersebut yang dilakukan di Menara FELDA Platinum Park, KL. Rekaan pelamin anaknya pula direka oleh The Calla.

“Jadilah kau anak yang solehah, anak yang prihatin, dan sentiasa sayang pada Ibu, Bapa dan keluarga,” tulisnya di ruangan caption video.

Ramai yang tersentuh apabila membaca bait-bait doa yang ditulis oleh Jovian untuk puteri kecilnya itu di laman Instagram.

Di sini kami kongsikan video penuh majlis aqiqah Jeanelle Nika Mandagie daripada Flukx Films. Enjoy!

Sumber: IG Jovian Mandagie