Bukan mudah untuk seseorang itu sentiasa bersemangat dan tidak lemah dengan godaan makanan demi untuk mengurangkan berat badan seterusnya mencapai berat badan ideal.

Namun, seorang pengguna twitter dikenali sebagai Syauqina Akmar, berkongsi cara mudah untuk menurunkan berat badan dengan banyak selama tiga bulan.


Sebelum ini, berat badan Syauqina adalah 63 kilogram (kg) berjaya dikurangkan lebih kurang 15kg selama dua hingga tiga bulan sahaja.

Menurutnya, faktor pemakanan menjadikan berat badannya naik dengan banyak semasa dia praktikal dulu hinggakan dia nekad untuk jogging pada setiap hari demi menurunkan berat badan.

Walaupun tidak pernah bersukan sejak sekolah, Syauqina tetap memulakan rutin jogging pada setiap hari kecuali hujung minggu.

Bukan itu saja, dia turut pergi ke gimnasium setiap petang serta membuat workout pada setiap malam. Malah, dia turut memuatnaik aplikasi Nike Run Club supaya dapat memantau berapa jauh dia berlari dan berapa banyak kalori sudah dibakar.

Di samping itu, Syauqina sentiasa menjaga berat badannya dengan memantau berapa banyak berat badan naik atau turun jika makan sesuatu makanan.

Apa yang peliknya, dia tidak menjaga diet makanan kerana dia akan cepat penat. Jadi, dia akan seimbangkan dengan jogging.

Sumber: Twitter @syaaaauuuu