Jodoh pertemuan, ajal maut sememangnya rahsia Allah SWT dan kita tidak boleh tahu siapa jodoh kita serta bila kita meninggal melainkan sudah tiba waktunya.

Keluarga kecil ini pernah tular di media sosial sebelum ini kerana gambar ulangtahun perkahwinan mereka yang begitu bahagia dan indah dilihat oleh warga laman sosial.

Namun, baru-baru ini dikhabarkan bahawa si isteri telah meninggal dunia setelah berjuang melawan kanser tahap 4.

Perkhabaran itu dikongsi oleh si suami, Carlose Azizol, di laman sosial Facebook. Azizol mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah isterinya dan kepada semua yang telah membantunya terutama keluarga terdekat.

“Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku. Insyallah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak-anak kita, yang. Tunggu saya dipintu syurga, yang” tulisnya.

Sebelum arwah isterinya meninggal dunia, dia sempat menulis coretan ringkas di Facebook buat suami tercinta sambil memberi bayangan bahawa dia akan pergi “jauh” tidak lama lagi.

“Andai aku tewas di pertengahan jalan, janganlah kau bersedih lagi sayangku. Jagalah dirimu dan anak-anak. Lihatlah aku buat kali terakhir,” tulisnya semasa membuat ucapan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10 tahun.

Semoga allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan semoga Azizol serta anak-anak tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah

Sumber: FB Carlose Azizol