Siapa yang tak rindukan saudara kandung sendiri bila abang kesayangan telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya kan?

Penyanyi Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril meluahkan perasaan rindu terhadap abangnya yang juga penyanyi, Khairil Izwan Pilus di laman Instagram beberapa hari lalu.

Dalam ruangan caption tersebut, Aril dilihat seolah-olah memberi bayangan menyuruh abangnya “menunggu” kehadirannya nanti.

“6 tahun dah berlalu, tunggu aku ye wan, tanggungjawab aku kat muka bumi ni belum selesai lagi,” tulisnya.

Selain itu, dia juga menceritakan serba sedikit mengenai perkembangan dirinya dan memberitahu ramai yang merindui abangnya.

Kelihatan ramai peminat allahyarham memberi komen di gambar Aril dan tak kurang ada memberi semangat kepada Aril untuk meneruskan kehidupannya.

Sumber: IG Aril Pilus