Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dilaporkan sedang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre akibat keracunan makanan yang ringan.

Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat.

“Dia kurang sihat, itu sahaja. Keracunan makanan yang ringan, sedang berehat,” katanya sebagai maklumbalas kepada pertanyaan media mengenai satu catatan di laman Facebook yang menyatakan Tun pergi ke Prince Court Medical Centre.

Semoga Tun sembuh seperti sediakala dan dapat berehat secukupnya sehingga betul-betul sihat. Speedy recovery, Tun!

Sumber: Astro Awani & Bernama