Perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan bakal memberi “hadiah” bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma pada bulan depan.

Menurutnya, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada penjawat awam untuk kategori Gred 41 ke bawah.

Selain itu, golongan pesara kerajaan juga akan mendapat bantuan sebanyak RM200 dan ia akan dibayar pada 6 Jun ini.

Di samping itu, Tun Mahathir turut mengumumkan kadar potongan diskaun tol sebanyak 50% di semua lebuhraya selama dua hari sebelum 1 Syawal.

Walau bagaimanapun, harga minyak petrol dikekalkan iaitu harga RON95 masih lagi RM2.20 seliter, RON97 ditetapkan pada RM2.47 seliter dan harga diesel pula RM2.18 seliter.

Ia diumumkan oleh perdana menteri dalam sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Sumber: mStar