Sejak tiga hari lalu, telah bermula kempen secara online bagi mencalonkan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai calon anugerah paling berprestij di dunia iaitu anugerah Nobel.

Petisyen itu dimulakan oleh Alexandria Abishegam di Change.org sejak Sabtu lalu telah menerima sebanyak 40,525 tandatangan sehingga pukul 7 petang Ahad lalu.

Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir memberi komen mengenai petisyen dengan mengatakan dia tidak begitu mulia untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah tersebut.

Nobel Prize winner? I am not so noble (Pemenang Anugerah Nobel? Saya tidak begitu mulia),” balasnya sambil tersenyum.

Sebenarnya, petisyen itu diadakan untuk menghargai usaha Tun Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia apabila berjaya menerajui negara sekali lagi pada usia 93 tahun.

Selain itu, ia juga diadakan bagi meraikan pertukaran kuasa pemerintahan atau kerajaan baru yang berlaku secara aman melalui Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dan Tun Dr Mahathir mengakui tidak mahu membalas dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber: mStar