Dalam istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negara baru saja selesai tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Istiadat itu berjalan dengan lancar dan disaksikan oleh berjuta rakyat Malaysia yang tak mahu melepaskan peluang menyaksikan Tun M menjadi Perdana Menteri negara ini buat kali kedua.

Tun M mengangkat sumpah selepas dia mendapat mandat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

Ini merupakan detik bersejarah buat negara kita dan pertama kali negara kita bakal diterajui oleh kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan. Semoga negara kita terus maju dan aman makmur seperti sebelum ini.

Sumber: Fb Astro Awani