Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan pendiriannya yang akan menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam tempoh tiga tahun.

“Setakat yang saya tahu, saya telah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar akan menggantikan saya,” katanya.

Malah, pada masa yang sama, dia turut menegaskan tidak akan memegang jawatan tersebut lebih daripada tiga tahun.

Menurutnya, apa yang lebih penting ketika ini adalah usahanya untuk mengurangkan hutang negara walaupun selepas bersara.

Persoalan sama ada Tun Dr Mahathir akan menyerahkan tugasnya kepada Anwar kembali dibangkitkan sejak minggu lepas.

Sebelum ini, dikatakan ada dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, menggantikan dirinya dan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sumber: Astro Awani